HRD
Rumah Pasung
Rumah Pasung
Couldn't load pickup availability
KELIBAT
Dari impian untuk menjadikan aktiviti perkhemahan ceria dan manis akhirnya bertukar menjadi ngeri dan menakutkan. Itulah yang dialami oleh Hakimi, Anding, Mastika dan Ariana. Gangguan demi gangguan mengganggu pendakian mereka. Tidak semena-mena ada sesuatu mengekori mereka di sepanjang perjalanan itu.
“Di sini sesajian seperti ini udah dianggap biasa kok…” – ANDING
“Lho tengok sendiri kalau ngak percaya. Gue ngak bohong…” – MASTIKA
“Mungkin benda tadi dah ikut kita.” – HAKIMI
HUTAN TOK TAM
Akibat dari keras kepala Ashraf, Dahlia yang sememangnya sudah merasa lemah dan kurang bermaya sejak masuk ke dalam hutan itu dimasuki oleh penunggu atau raja jin di dalam hutan tersebut. Dan semuanya bermula apabila Dahlia melarikan diri ke dalam hutan tebal dan dikejar oleh enam orang yang turut hilang bersama-samanya.
RUMAH PASUNG
Tugasan terakhir di semester terakhir dari kumpulan terakhir. Tugasan empat pelajar universiti untuk mengkaji pokok keruing di sebuah hutan. Zhidan, Nasrul, Laila dan Cindy menyambut tugasan terakhir mereka dengan senang hati. Perjalanan mereka penuh berliku sehingga mereka menemui sebuah bangunan kayu lama di dalam hutan itu. Rumah pasung lama. Rumah pasung yang mereka jumpai memiliki sejarah hitam.
“Ini bukan masalah kau ketua ke sesiapa ketua. Masalah sekarang ni, keadaan tidak sesuai untuk kita ke sana. Dah malam. Kalau nak pergi pun tunggulah waktu siang. Sekurang-kurangnya taklah berisiko macam sekarang.” – NASRUL
“Cindy mana? Aku tak nampak apa ni.” – ZHIDAN
“Nasrul! Mana kau?” – LAILA
Nasrul dan Cindy hilang dalam masa yang sama.
Share
