{"product_id":"memeluk-sebuah-kekalahan","title":"Memeluk Sebuah Kekalahan","description":"\u003cp\u003e\u003cspan\u003eJangan baca buku ini di saat anda sedang bahagia.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eBuku ini digarap untuk menemani anda menghadapi hari-hari sepi dan diselubungi kekalahan tanpa henti. Tidak kiralah kalah daripada segi pencapaian, kewangan ataupun perpisahan. Kerana ada kekalahan yang tidak pernah diumumkan kepada sesiapa. \u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eKekalahan melihat orang lain semakin jauh ke hadapan, sedangkan kita masih berdiri di tempat yang sama. Kekalahan apabila sudah bekerja sekuat tenaga, tetapi hidup masih tidak berubah seperti yang diharapkan. Kekalahan apabila wang yang dimiliki tidak pernah cukup untuk membeli kehidupan yang diimpikan.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eKekalahan apabila seseorang yang kita cintai memilih untuk pergi, dan kita terpaksa belajar hidup dengan ruang kosong yang ditinggalkannya. Ada juga kekalahan yang lebih sunyi. Kalah sebagai seorang anak yang merasakan dirinya belum mampu membalas jasa ibu dan ayah.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eDan mungkin yang paling menyakitkan—kalah selepas kita sudah memberikan segala-galanya namun seringkali tidak dihargai dan dikhianati.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eIni bukan buku tentang bagaimana untuk menjadi pemenang. Ini adalah buku tentang seni untuk memeluk segala luka ketika kita sedang kalah.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cspan\u003eDan mungkin, setelah selesai membacanya, kita akan sedar-kita tidak semestinya perlu menang di setiap pertempuran takdir yang panjang.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita Sdn. Bhd.","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44575803867223,"sku":"9786297722627","price":49.0,"currency_code":"USD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0682\/1665\/1863\/files\/109763737.webp?v=1793142991","url":"https:\/\/valuegrovia.shop\/products\/memeluk-sebuah-kekalahan","provider":"Marlowe District","version":"1.0","type":"link"}